Selasa, 07 Mei 2013

BUNGA CARNATION




Pokok bunga teluki dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai "Carnation", mempunyai nama sains Dianthus caryophyllus. Pokok bunga teluki adalah sejenis bunga iklim sederhana yang berasal dari kawasan Mediteranean.
Penanaman bunga teluki di Malaysia adalah tertumpu di kawasan dataran tinggi seperti di Cameron Highland. Di Cameron Highland iklimnya menyerupai iklim hawa sederhana (suhu maksimum sekitar 21 °C) dan pokok bunga teluki boleh ditanam sepanjang tahun.
Oleh kerana pokok bunga teluki mempunyai bunga yang berwarna-warni dan terang, pokok bunga teluki menjadi kegemaran ramai. Pokok bunga teluki tergolong dalam famili Caryophllaceae. Terdapat dua jenis pokok bunga teluki iaitu jenis satu bunga bagi setiap tangkai dan jenis `spray', banyak bunga bagi setiap tangkai.



0 komentar:

Posting Komentar

 
INDA'S WORLD Blogger Template by Ipietoon Blogger Template